DUA6022: KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM
PENSYARAH: CIK RAZANA BINTI MOHD KASIM
NAMA PELAJAR NO.MATRIK
(1)MUHAMAD AKMAL HAKIM BIN JAMALUDIN 02DAD14F1038
(2)ABDUL MALIK BIN MOHD ROPI 02DAD14F1004
(3)MUHAMMAD HAFIZ BIN MD SOBRI 02DAD14F1014
(4)KHAIRUL ISSA BIN KHAIRUL AZIZI 02DAD14F1069
(5)MUHAMMAD HIJRAH BIN BAKRI 02DAD14F1028
(6)AFNAN BIN AHMAD AZIZI 02DAD14F1087
Sejak dari dulu lagi, khususnya masyarakat Melayu,
gotong-royong diamalkan sebagai sebahagian daripada cara hidup atau adat resam
mereka. Kini, selepas kemerdekaan atau lebih tepat lagi, selepas pengwujudan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1973, gotong-royong telah dimartabatkan
sebagai salah satu nilai sosioekonomi kebangsaan dalam usaha pembentukan bangsa
Malaysia.
Namun begitu, amalan ini kian
dilupakan oleh generasi alaf baru yang hanyut dengan keseronokan dan keselesaan
yang tiada batasan. Berapa peratus golongan muda yang mengetahui maksud gotong
royong dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
MAKSUD GOTONG ROYONG
KEPENTINGAN GOTONG ROYONG
Perpaduan antara masyarakat harus kukuh untuk membolehkan negara pergi lebih jauh dalam lapangan dunia moden. Lebih rumit, masyarakat di Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Maka, harus ada satu aktiviti yang berguna untuk merapatkan persefahaman antara kaum itu, dan tidak dapat dinafikan bahawa gotong-royong mampu membentuk masyarakat yang kondusif.
Bak kata pepatah Melayu; “berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing”. Demikian juga tentang kerja gotong-royong ini. Semua orang
mengetahui bahawa sesuatu kerja yang besar buatannya dan juga belanjanya akan
menjadi enteng dan kecil kosnya jika dilakukan bersama-sama. Itulah prinsip
gotong-royong. Pihak kerajaan telah menetapkan bahawa setiap penempatan
warganegara di Malaysia mempunyai satu jawatankuasa khas iaitu Jawatankuasa
Kemajuan dan Keselamatan (JKK). Fungsinya untuk menjana kegiatan gotong-royong
setempat, khususnya untuk kepentingan umum. Isu ini jika ditelusuri secara
mendalam, banyak wang, masa, dan tenaga telah dijimatkan kerana ahli masyarakat
akan bekerjasama mencapai sesuatu perkara.
KESILAPAN MASA KINI
MAKSUD GOTONG ROYONG
Gotong royong adalah suatu aktiviti yang dilakukan secara
bersama-sama dan bersifat suka rela agar aktiviti yang dikerjakan dapat
berjalan dengan lancar dan mudah.
Gotong royong juga sangat sesuai dengan ajaran islam, Islam
menginginkan umatnya saling mencintai, menyayangi dan saling berbagi, ini sangat sesuai dengan prinsip gotong royong. Semangat gotong royong dalam islam
juga boleh dijadikan ukuran keimanan seseorang, dalam hal ini Rasulallah SAW.
Bersabda dalam hadis yang di riwayatkan Bukhari,Muslim,Tirmidzi,dan Nasai:
لايؤمن احدكم حتى يحب لاخيه ما يحب لنفسه
“Tidak beriman salah seorang diantara kamu sampai ia
mencintai saudaranya sama dengan mencintai dirinya sendiri”.
CONTOH AKTIVITI GOTONG ROYONG YANG MENGERATKAN SILATURRAHIM
CONTOH AKTIVITI GOTONG ROYONG YANG MENGERATKAN SILATURRAHIM
-Melakukan aktiviti pembersihan kawasan perumahan secara
beramai-ramai.
-Menjemput jiran tetangga semasa kenduri-kendara diadakan
di rumah.
-Membuat sesuatu program seperti senam robik di kawasan
perumahan anda.
-Hadir beramai-ramai ketika aktiviti menyembelih binatang
korban semasa hari raya aidiladha.
KEPENTINGAN GOTONG ROYONG
Perpaduan antara masyarakat harus kukuh untuk membolehkan negara pergi lebih jauh dalam lapangan dunia moden. Lebih rumit, masyarakat di Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Maka, harus ada satu aktiviti yang berguna untuk merapatkan persefahaman antara kaum itu, dan tidak dapat dinafikan bahawa gotong-royong mampu membentuk masyarakat yang kondusif.
Melalui semangat
bantu-membantu dan bekerjasama membersihkan taman permainan, longkang, mahupun
rumah ibadat, akan wujud rasa kekitaan yang tulen. Gotong-royong boleh
merapatkan ahli masyarakat kepada nilai-nilai murni yang suci, yang tidak
ditemui di rumah mahupun di pejabat. Rasa kekitaan,prihatin,dan penyayang
sesama individu dalam masyarakat akan membantu hasrat kerajaan untuk negara
mara lebih ke depan dalam era globalisasi ini. Hal ni berdasarkan kesan positif
gotong-royong yang sebenarnya dapat membantu menangani gejala-gejala buruk
dalam masyarakat seperti penagihan dadah dan kecurian. Lebih-lebih lagi
gotong-royong melibatkan penglibatan menyeluruh ahli masyarakat.
Contohnya, jika sesuatu tempat itu menjadi kotor kerana
sampah, mereka akan bekerjasama membersihkannya dan tidak perlu membuang masa
dan wang mengupah orang lain membersihkan atau terpaksa menanggung belanja
perubatan kerana sakit akibat kesan jangka panjang daripada gundukan sampah
yang tidak sempurna diuruskan itu. Tidak kiralah sama ada menyumbangkan derma
atau tenaga untuk gotong-royong, kesan gotong-royong kepada masyarakat
seluruhnya cukup bermakna baik untuk pembangunan material masyarakat mahupun
pembangunan modal insan.
KESILAPAN MASA KINI
Setelah puluhan tahun berlalu, gotong-royong kian tandus
fungsinya di kalangan masyarakat. Masyarakat masa kini nampaknya lebih
individualistik dan materialistik. Mereka bersikap menyendiri lalu menganggap
bahawa segala apa yang berlaku di sekeliling mereka tidak akan mempengaruhi
perjalanan kehidupan seharian mereka. Mereka mula mencari wang dan pangkat
kononnya untuk memperoleh keselesaan dalam kehidupan.”Ada kerja, ada gaji”
seakan-akan menjadi prinsip hidup masyarakat moden hari ini. Masyarakat moden
kini juga kian pudar nilai-nilai kejiranannya. Ramai juga yang terlalu sibuk
dengan urusan pejabat. Tidak mustahil, mereka tidak mengetahui nama jirannya
apatah lagi mengenalinya dengan lebih mendalam.
Ketidakfungsian badan-badan kerajaan dan badan-badan bukan
kerajaan (NGO) khususnya yang terlibat dalam kegiatan kemasyarakatan, dikatakan
punca gejala ini berlaku. Setiap tahun, kerajaan memperuntukkan jutaan ringgit
untuk pembangunan masyarakat malahan telah terdapat sebuah kementerian untuk
hal ehwal masyarakat iaitu Kemeterian Perpaduan Negara dan Kebajikan
Masyarakat. Malangnya, perbelanjaan itu tidak sampai kepada golongan sasaran.
Agensi-agensi ini kurang mengambil usaha untuk membantu masyarakat dalam
perkara yang melibatkan kerjasama segenap lapisan masyarakat.
Nasib yang sama turut menimpa NGO yang kini berjumlah
sekitar 40,000 buah. Mereka dipercayai hanya bertindak seperti “melepaskan
batuk di tangga”. Mereka tidak gemar turun padang, berjumpa dan bekerjasama
dengan masyarakat setempat untuk menolong menyelesaikan masalah mereka.
Malahan, ada juga NGO yang dipergunakan sebagai “batu loncatan” oleh pihak
tertentu untuk meraih kepentingan peribadi.
LANGKAH-LANGKAH WAJAR
Situasi seperti ini sesungguhnya amat memalukan, namun itu tidak bermakna kita harus lepas tangan untuk mencari penyudah isu-isu yang kian membarah ini. Sejak di bangku sekolah lagi, amalan murni ini perlu diterapkan agar kerja murni bermasyarakat ini akan terus lestari seiring dengan kemajuan negara. Anak-anak kecil harus dibiasakan bersama-sama masyarakat luar dari rumah meraka agar keberadaan mereka dihargai dan dimanfaatkan oleh masyarakat keseluruhannya dalam usaha melaksanakan sesuatu yang berfaedah demi kesejahteraan umum.
(a)Menggambarkan ikatan silaturrahim yang kukuh
(b)Kerjasama menyiang daging untuk kenduri
(c)Gotong royong membersihkan kawasan kamsis
(e)Gotong royong memasak bagi sambutan maulidur rasul
(f)Gotong royong membersihkan kawasan kamsis
RUJUKAN
LANGKAH-LANGKAH WAJAR
Situasi seperti ini sesungguhnya amat memalukan, namun itu tidak bermakna kita harus lepas tangan untuk mencari penyudah isu-isu yang kian membarah ini. Sejak di bangku sekolah lagi, amalan murni ini perlu diterapkan agar kerja murni bermasyarakat ini akan terus lestari seiring dengan kemajuan negara. Anak-anak kecil harus dibiasakan bersama-sama masyarakat luar dari rumah meraka agar keberadaan mereka dihargai dan dimanfaatkan oleh masyarakat keseluruhannya dalam usaha melaksanakan sesuatu yang berfaedah demi kesejahteraan umum.
Sekolah sebagai rumah kedua para generasi muda wajar
menerapkan amalan mulia ini dalam aktiviti-aktiviti kesekolahan seperti Hari
Guru, Sukan Tahunan Sekolah, dan Hari Anugerah Cemerlang. Para pelajar akan
menguruskannya dan para guru hanya bertindak sebagai penasihat. Melalui
kerjasama, setiap insan itu akan lebih matang tentang hubungan sosialnya selain
dapat menyelidiki potensi diri secara yang lebih meyakinkan. Badan-badan
kerajaan atau sukarelawan harus bergerak lebih maju dan efisien dalam usaha
memugar semula semangat gotong-royong kembali.
Ceramah, forum, dan kempen kejiranan yang tersusun dan
berkala boleh diusahakan sebagai satu inisiatif menyebarkan maklumat yang
berguna tentang gotong-royong kepada orang ramai. Lebih elok lagi jika mereka
turut bersama-sama masyarakat setempat membantu rancangan mereka. Contohnya,
sebuah pertubuhan sukarela di Seksyen 17 hingga Seksyen 22 Petaling Jaya
bekerjasama dengan warga setempat mengutip plastik, kaca, dan kertas terpakai
untuk dikitar semula. Pencapaian badan sukarela ini patut diberi pujian.
Tidak terkecuali, syarikat-syarikat swasta sewajarnya
menunaikan tanggungjawab sosial mereka dengan membantu masyarakat umum
mengatasi masalah mereka. Walaupun sehingga kini peranan syarikat swasta dalam
kesejahteraan masyarakat masih samar-samar, namun fungsi sosial mereka akan
lebih jelas pada masa akan datang berdasarkan situasi masa kini dan isentif
kerajaan.
KESAN MENGABAIKAN AMALAN GOTONG ROYONG
>>Kurangnya kesedaran diri dalam jiwa masyarakat yang berbilang kaum.
LAMPIRAN
KESAN MENGABAIKAN AMALAN GOTONG ROYONG
>>Kurangnya kesedaran diri dalam jiwa masyarakat yang berbilang kaum.
>>Ikatan silaturrahim dalam kalangan masyarakat dan
keluarga akan semakin
terhapus
>>Silaturrahim yang ingin dipupuk akan semakin
terhakis dengan perlahan-lahan.
>>Masyarakat akan menjadi tidak selesa dan tidak
tenteram jika hidup serta bergaul dengan kaum yang pelbagai.
KESIMPULAN
KESIMPULAN
Kesimpulannya,aktiviti
bergotong royong ini amat penting dan perlu dalam mengeratkan hubungan
silaturrahim antara kaum. Lebih-lebih lagi serperti negara Malaysia yang
mempunyai pelbagai jenis kaum dan etnik yang hidup bersama sejak zaman dahulu
kala lagi. Dengan terjalinnya hubungan silaturrahim yang kukuh ini ,negara kita
akan lebih aman, lebih mengambil berat antara satu sama lain dan perpaduan juga
akan menjadi lebih kukuh.
Akhir sekali, jelas
dan teranglah matlamat pihak kerajaan yang selama ini mengadakan pelbagai
aktiviti dan program-program bagi memupuk hubungan silaturrahim antara kaum.Terutamanya
program-program bagi pelajar-pelajar yang masih di bangku sekolah lagi.Ini
kerana amalan ini perlu disemai sejak dari awal lagi supaya kesannya akan cepat
terlihat suatu hari kelak.Sekian terima kasih.
LAMPIRAN
(a)Menggambarkan ikatan silaturrahim yang kukuh
(b)Kerjasama menyiang daging untuk kenduri
(c)Gotong royong membersihkan kawasan kamsis
(e)Gotong royong memasak bagi sambutan maulidur rasul
(f)Gotong royong membersihkan kawasan kamsis
RUJUKAN
1)http://www.dakwatuna.com/2016/01/30/78727/78727/#axzz4HIg5B6uM
2)https://pergipagi.wordpress.com/2013/02/11/islam-bicara-soal-gotong-royong/
3)http://blog.townplan.gov.my/?p=5800
4)ms.wikipedia.org/wiki/Gotong-royong_di_Malaysia
5)http://hasnanadip.blogspot.my/2015/01/tolong-menolong-taawun-menurut.html
No comments:
Post a Comment